Follow mE

Sunday, April 20, 2008

Today's Recipe

SALAD BUNGA KUBIS

BAHAN-BAHANNYA:

1 biji bunga kubis – dipotong kecil
½ biji salad bulat – dipotong 3 cm
3 biji buah tomato – dipotong 6 kemudian buang bijinya
3 biji telur – direbus dan dihiris bulat


BAHAN SOSNYA:

1 camca teh Cili Berperisa AJI-SHIO
½ cawan Mayonis AJINOMOTO
150 ml yogurt
1 camca teh gula
1 camca teh Lada Berperisa AJI-SHIO
1 camca teh Garam Halus Beriodin AJI-SHIO
1 bungkus Perencah Sayur Goreng SERI AJI


CARA-CARANYA:

  1. Bunga kubis dicelur dan angkat.
  2. Semua bahan-bahan sosnya disatukan dan dikacau rata.
  3. Masukkan sayur yang telah dicelur ke dalam mangkuk kemudian tuangkan sosnya.
  4. Aturkan telur diatas semasa dihidang.


NASI GORENG KELADI

BAHAN-BAHANNYA:

Nasi secukupnya
2 sudu besar kacang tanah - digoreng
100g udang kering - digoreng dan dikisar
½ ketul ubi keladi - dipotong dadu dan direbus
3 keping cendawan - direndam dan dihiris
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ biji cili merah (Lada Cameron Highland)
½ biji cili hijau (Lada Cameron Highland)
2 – 3 paket SERI-AJI Nasi Goreng Cina
2 sudu besar kicap pekat
Garam Halus Beriodin AJI-SHIO dan Lada Berperisa AJI-SHIO secukup rasa
AJI-NO-MOTO secukup rasa
Minyak untuk menumis


CARA-CARANYA:

  1. Keladi dipotong dadu, kemudian direbus.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kuning. Masukkan cendawan dan bahan-bahan lain dan goreng sebentar.
  3. Akhir sekali masukkan nasi, SERI-AJI Nasi Goreng Cina, Garam Halus Beriodin AJI-SHIO dan Lada Berperisa AJI-SHIO. Goreng hingga rata.
  4. Hias dan hidangkan.





SAMOSAS

BAHAN INTI:

300g daging – dicincang
½ cawan air
Garam Beriodin AJI-SHIO )
AJI-NO-MOTO ) secukup rasa
Lada Berperisa AJI-SHIO )
Daun ketumbar
1 paket kulit popia


BAHAN GILING:

5 ulas bawang putih
5 tangkai lada hijau
2 tangkai lada merah
1 cm halia
1 camca teh serbuk ketumbar
3 biji bawang besar – dipotong dadu


CARA-CARANYA:

  1. Daging digaul bersama Lada Berperisa AJI-SHIO, Garam Beriodin AJI-SHIO, bawang putih, halia, lada dan air kemudian masak hingga garing.
  2. Masukkan bawang yang dipotong dadu, serbuk ketumbar, lada hijau, lada merah dan serbuk kunyit dan masak hingga kering. Masukkan daun ketumbar dan biarkan sejuk.
  3. Kulit popia di bagi tiga memanjang. Ambil satu keping diisikan dengan bahan inti dan dilipat. Buatlah seterusnya dan bolehlah digoreng.

No comments: