Follow mE

Monday, April 21, 2008

Today's Recipe

KERABU PUCUK PAKU

BAHAN-BAHANNYA:

1 ikat pucuk paku
¼ biji kelapa – digoreng tanpa minyak
5 ulas bawang merah
5 biji cili merah
150g udang kering
2 biji bawang besar – dihiris
½ camca teh Lada Berperisa AJI-SHIO
½ camca teh Garam Halus Beriodin AJI-SHIO
2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka


CARA-CARANYA:

  1. Pucuk paku dibersihkan, kemudian dibasuh.
  2. Panaskan Kuali tanpa minyak, masukkan pucuk paku serta cili dan bawang besar yang dihiris rending hingga layu, ketepikan.
  3. Tumbuk cili merah, bawang, udang kering, serta kelapa goreng tadi, kemudian gaulkan pada pucuk paku.
  4. Rasa garam dan gula serta cuka.



MAKARONI BALI


BAHAN-BAHANNYA:

2 kotak makaroni kerang – direbus
300g daging cincang
1 tin sayur-sayuran campur
4 keping sengkuang – dihiris halus
8 butir telur – direbus dan dihiris
2 batang lobak putih – dihiris, kemudian direbus
50g daun sup )
50g daun bawang )
30g cili hijau ) dihiris
30g cili merah )
2 keping tauhu – dilenyekkan
2 sudu besar Lada Berperisa AJI-SHIO
Garam Halus Beriodin AJI-SHIO secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
AJI-NO-MOTO secukup rasa


BAHAN YANG DIGILING:

4 ulas bawang putih 20 biji cili hijau
1 camca the serbuk kunyit 1 inci halia
2 biji bawang besar 2 sudu besar jintan manis


CARA-CARANYA:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan giling. Masukkan daging, Garam Halus Beriodin AJI-SHIO, Lada Berperisa AJI-SHIO dan AJI-NO-MOTO.
  2. Bila daging masak, masukkan makaroni, senkuang dan sayur-sayuran dan kacau hingga masak.
  3. Taburkan bawang goreng semasa menghidang.




NASI GORENG ULAM CEKOR



BAHAN-BAHANNYA:

Nasi secukupnya
7 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih } ditumbuk kasar
20 tangkai cili padi }
150 g ikan goreng diambil isi dan ditumbuk
150 g bebola ikan
2 ~ 3 paket Perencah Nasi Goreng Perisa Ikan Bilis/Perisa Udang /Nasi Goreng Kampung SERI-AJI
6 helai daun cekur – dihiris
Minyak untuk menumis


CARA-CARANYA:

  1. Panaskan minyak tumis bahan yang ditumbuk kasar hingga terbit baunya.
  2. Masukkan ikan goreng, bebola ikan dan kacau rata.
  3. Masukkan nasi dan akhir sekali taburkan Perencah Nasi Goreng Perisa Ikan Bilis/Perisa Udang /Nasi Goreng Kampung SERI-AJI dan daun cekor, gaul hingga rata.
  4. Hias dan hidangkan dengan hirisan timun, daun cekor, bawang goreng serta telur dadar yang dihiris bulat.

No comments: