Follow mE

Wednesday, April 30, 2008

TODAY'S RECIPE - NASI NASI NASI....

NASI KABULI

BAHAN-BAHANNYA:

600 g beras
600 g daging atau ayam
2 sudu besar minyak sapi atau minyak masak
6 ulas bawang merah )
3 ulas bawang putih ) dihiris
1 cawan makan serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk jintan putih
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
3 inci kulit kayu manis
½ camca teh Lada Berperisa AJI-SHIO
1 camca teh Garam Halus Beriodin AJI-SHIO
Serenjis AJI-NO-MOTO

CARA-CARANYA :

  1. Panaskan minyak sapi atau minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris, bersama rempah-rempahnya.
  2. Masukkan daging atau ayam, goreng sebentar, masukkan sedikit air dan masaklah sampai daging atau ayam empuk. Kelurkan daging atau ayam.
  3. Tambahkan secukup air kedalam periuk dan masak nasi hingga airnya jadi kering. Kemudian masukkan balik daging atau ayam yang telah dimasak tadi. Tutup dan biarkan sehingga nasi masak.

NASI KACANG PANJANG


BAHAN-BAHANNYA:

2 tin susu beras
1 ½ tin susu air
3 biji tomato - dibelah empat
200 g kacang panjang - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
75 g daging
2 sudu besar marjerin
4 sudu besar minyak masak
1 camca teh Hondashi
Sedikit AJI-NO-MOTO, Garam Halus Beriodin AJI-SHIO dan Lada Berperisa AJI-SHIO


CARA-CARANYA:

  1. Beras dicuci dan ditoskan.
  2. Panaskan minyak dan marjerin, tumiskan bawang hiris hingga kuning.
  3. Masukkan air dan daging, bila daging empuk masukkan beras, Garam Halus Beriodin AJI-SHIO dan Lada Berperisa AJI-SHIO, AJI-NO-MOTO dan HONDASHI.
  4. Apabila nasi sudah kering baru masukkan kacang panjang, tutup periuk dan biarkan masak.

NASI KUNING


BAHAN-BAHANNYA:

6 tin susu beras
6 cawan santan
1 inci kunyit hidup (titumbuk)
1 batang serai
1 helai daun pandan
2 helai daun limau purut
2 camca teh HONDASHI
1 camca teh Lada Berperisa AJI-SHIO
Serenjis AJI-NO-MOTO

CARA-CARANYA:

  1. Beras dan santan dimasak seperti biasa.
  2. Masukkan kunyit hidup, serai, daun limau purut, daun pandan, HONDASHI, Garam Halus Beriodin AJI-SHIO dan serenjis AJI-NO-MOTO.
  3. Tutup periuk dan masaklah nasi seperti biasa sehingga nasi betul-betul masak dan bolehlah dihidangkan.

Wednesday, April 23, 2008

TODAY'S RECIPE

KERABU NANGKA MUDA

BAHAN-BAHANNYA:

1 belah nangka muda
150g udang kering
1 genggam kacang goreng
10 ulas bawang merah – dimayang dan digoreng
1 belah kelapa
3 sudu besar ketumbar
½ camca teh jintan manis
½ camca teh jintan putih
Sedikit gula
Garam Halus Beriodin AJI-SHIO secukup rasa


CARA-CARANYA:

  1. Nangka dipotong kecil dan direbus bersama Garam Halus Beriodin AJI-SHIO hingga empuk.
  2. Jintan manis, jintan putih digoreng tanpa minyak dan digiling sampai halus.
  3. Kelapa digoreng buat kerisik dan digiling.
  4. Kacang digoreng dan ditumbuk, juga udang kering ditumbuk jangan halus.
  5. Gaul buah nangka dengan bahan-bahan tadi dan masukkan sedikit air.
  6. Gaul rata, rasa asam dan garamnya, kemudian baru ditabur bawang goreng diatasnya.


NASI LOBAK MERAH


BAHAN-BAHANNYA:
3 cawan beras Basmathi – dicuci dan ditoskan
300 g buah tomato – dicincang
300 g ayam.
300 g lobak merah
2 biji bawang besar – dihiris
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar TUMIX (Ayam)
5 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
Garam secukup rasa
3 ½ cawan air


BAHAN UNTUK DIGILING:

10 tangkai cili hijau
½ sudu teh jintan putih
½ sudu teh lada putih


CARA-CARANYA:

  1. Panaskan minyak dan masukkan ayam, bahan giling serta buah pelaga dan kulit kayu manis.
  2. Apabila terbit baunya masukkan tomato, kacau sebentar, masukkan air dan TUMIX (Ayam)
  3. Bila mendidih masukkan beras yang digaul dengan lobak merah dan biarkan nasi masak.



SAMBAL SERAI


BAHAN-BAHANNYA:

1 kt. daging, limpa dan paru (paru dan limpa hendaklah direbus terlebih dahulu)
1 ½ biji kelapa – diambil santan pekat
15 batang serai – dihiris dan di goreng tanpa minyak
1 inci lengkuas – dititik

BAHAN YANG DI GILING HALUS:

10 biji lada
6 biji buah keras
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar ketumbar


CARA-CARANYA:

  1. Daging dipotong dan dibersihkan.
  2. Gaulkan daging dengan rempah-rempah giling.
  3. Masukkan santan pekat dan bawang goreng serta serai, goreng dan masak hingga kering.
  4. Limpa, paru dan daging hendaklah disatukan, bila sudah pekat masukkan kicap, serai dan bawang goreng.
  5. Masak hingga kering. Hias dan hidangkan.

Monday, April 21, 2008

Today's Recipe

KERABU PUCUK PAKU

BAHAN-BAHANNYA:

1 ikat pucuk paku
¼ biji kelapa – digoreng tanpa minyak
5 ulas bawang merah
5 biji cili merah
150g udang kering
2 biji bawang besar – dihiris
½ camca teh Lada Berperisa AJI-SHIO
½ camca teh Garam Halus Beriodin AJI-SHIO
2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka


CARA-CARANYA:

  1. Pucuk paku dibersihkan, kemudian dibasuh.
  2. Panaskan Kuali tanpa minyak, masukkan pucuk paku serta cili dan bawang besar yang dihiris rending hingga layu, ketepikan.
  3. Tumbuk cili merah, bawang, udang kering, serta kelapa goreng tadi, kemudian gaulkan pada pucuk paku.
  4. Rasa garam dan gula serta cuka.



MAKARONI BALI


BAHAN-BAHANNYA:

2 kotak makaroni kerang – direbus
300g daging cincang
1 tin sayur-sayuran campur
4 keping sengkuang – dihiris halus
8 butir telur – direbus dan dihiris
2 batang lobak putih – dihiris, kemudian direbus
50g daun sup )
50g daun bawang )
30g cili hijau ) dihiris
30g cili merah )
2 keping tauhu – dilenyekkan
2 sudu besar Lada Berperisa AJI-SHIO
Garam Halus Beriodin AJI-SHIO secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
AJI-NO-MOTO secukup rasa


BAHAN YANG DIGILING:

4 ulas bawang putih 20 biji cili hijau
1 camca the serbuk kunyit 1 inci halia
2 biji bawang besar 2 sudu besar jintan manis


CARA-CARANYA:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan giling. Masukkan daging, Garam Halus Beriodin AJI-SHIO, Lada Berperisa AJI-SHIO dan AJI-NO-MOTO.
  2. Bila daging masak, masukkan makaroni, senkuang dan sayur-sayuran dan kacau hingga masak.
  3. Taburkan bawang goreng semasa menghidang.




NASI GORENG ULAM CEKOR



BAHAN-BAHANNYA:

Nasi secukupnya
7 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih } ditumbuk kasar
20 tangkai cili padi }
150 g ikan goreng diambil isi dan ditumbuk
150 g bebola ikan
2 ~ 3 paket Perencah Nasi Goreng Perisa Ikan Bilis/Perisa Udang /Nasi Goreng Kampung SERI-AJI
6 helai daun cekur – dihiris
Minyak untuk menumis


CARA-CARANYA:

  1. Panaskan minyak tumis bahan yang ditumbuk kasar hingga terbit baunya.
  2. Masukkan ikan goreng, bebola ikan dan kacau rata.
  3. Masukkan nasi dan akhir sekali taburkan Perencah Nasi Goreng Perisa Ikan Bilis/Perisa Udang /Nasi Goreng Kampung SERI-AJI dan daun cekor, gaul hingga rata.
  4. Hias dan hidangkan dengan hirisan timun, daun cekor, bawang goreng serta telur dadar yang dihiris bulat.

Sunday, April 20, 2008

Today's Recipe

SALAD BUNGA KUBIS

BAHAN-BAHANNYA:

1 biji bunga kubis – dipotong kecil
½ biji salad bulat – dipotong 3 cm
3 biji buah tomato – dipotong 6 kemudian buang bijinya
3 biji telur – direbus dan dihiris bulat


BAHAN SOSNYA:

1 camca teh Cili Berperisa AJI-SHIO
½ cawan Mayonis AJINOMOTO
150 ml yogurt
1 camca teh gula
1 camca teh Lada Berperisa AJI-SHIO
1 camca teh Garam Halus Beriodin AJI-SHIO
1 bungkus Perencah Sayur Goreng SERI AJI


CARA-CARANYA:

  1. Bunga kubis dicelur dan angkat.
  2. Semua bahan-bahan sosnya disatukan dan dikacau rata.
  3. Masukkan sayur yang telah dicelur ke dalam mangkuk kemudian tuangkan sosnya.
  4. Aturkan telur diatas semasa dihidang.


NASI GORENG KELADI

BAHAN-BAHANNYA:

Nasi secukupnya
2 sudu besar kacang tanah - digoreng
100g udang kering - digoreng dan dikisar
½ ketul ubi keladi - dipotong dadu dan direbus
3 keping cendawan - direndam dan dihiris
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ biji cili merah (Lada Cameron Highland)
½ biji cili hijau (Lada Cameron Highland)
2 – 3 paket SERI-AJI Nasi Goreng Cina
2 sudu besar kicap pekat
Garam Halus Beriodin AJI-SHIO dan Lada Berperisa AJI-SHIO secukup rasa
AJI-NO-MOTO secukup rasa
Minyak untuk menumis


CARA-CARANYA:

  1. Keladi dipotong dadu, kemudian direbus.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kuning. Masukkan cendawan dan bahan-bahan lain dan goreng sebentar.
  3. Akhir sekali masukkan nasi, SERI-AJI Nasi Goreng Cina, Garam Halus Beriodin AJI-SHIO dan Lada Berperisa AJI-SHIO. Goreng hingga rata.
  4. Hias dan hidangkan.





SAMOSAS

BAHAN INTI:

300g daging – dicincang
½ cawan air
Garam Beriodin AJI-SHIO )
AJI-NO-MOTO ) secukup rasa
Lada Berperisa AJI-SHIO )
Daun ketumbar
1 paket kulit popia


BAHAN GILING:

5 ulas bawang putih
5 tangkai lada hijau
2 tangkai lada merah
1 cm halia
1 camca teh serbuk ketumbar
3 biji bawang besar – dipotong dadu


CARA-CARANYA:

  1. Daging digaul bersama Lada Berperisa AJI-SHIO, Garam Beriodin AJI-SHIO, bawang putih, halia, lada dan air kemudian masak hingga garing.
  2. Masukkan bawang yang dipotong dadu, serbuk ketumbar, lada hijau, lada merah dan serbuk kunyit dan masak hingga kering. Masukkan daun ketumbar dan biarkan sejuk.
  3. Kulit popia di bagi tiga memanjang. Ambil satu keping diisikan dengan bahan inti dan dilipat. Buatlah seterusnya dan bolehlah digoreng.

Wednesday, April 16, 2008

Malay Style Appertizer - Salad Kari Telur

Salad Kari Telur

BAHAN-BAHANNYA:

8 biji telur
2 batang celery – dihiris
4 biji bawang merah – dihiris
3 sudu besar daun bawang – dihiris
6 keping roti
60g mentega
3 sudu besar keju pasrut
Sedikit daun salad – dihiris


UNTUK SOS:

1 biji bawang besar – dihiris
½ cawan krim
60g mentega
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar rempah kari
½ cawan Mayonis AJINOMOTO
Sedikit Garam Halus Beriodin AJI-SHIO Lada Berperisa AJI-SHIO


UNTUK SOS:

  1. Panaskan mentega dan tumiskan bawang hiris hingga layu dan masukkan rempah kari dan biarkan sejuk.
  2. Masukkan Mayonis AJINOMOTO dan jus lemon, Garam Halus Beriodin AJI-SHIO, Lada Berperisa AJI-SHIO dan gaul rata.


CARA-CARANYA:
  1. Rebus telur dan dikupas kulitnya.
  2. Daun saderi, bawang merah dan daun bawang hiris digaul hingga rata.
  3. Roti dibuang tepi dan disapu mentega lalu di taburkan dengan keju parut dan dibakar.

Beginner's Recipe - Sambal Ikan Bilis Petai

SAMBAL IKAN BILIS PETAI TUMIX

Bahan-bahan

150g Ikan Bilis
150g Petai
6sudu besar Minyak


Bahan-bahan Kisar
80g Tomato
5 biji Cili merah
10g Belacan

Bahan A
1 peket @ 1 sudu teh Perasa Ayam Tumix
1 sudu besar Gula

Hiasan
100g Bawang Bombay(dihiris)
2 biji Cili Merah (dihiris)

Cara
  1. Goreng Ikan Bilis hingga garing dan keperang-perangan. Ketepikan.
  2. Kacau goreng bahan kisar & goreng lagi untuk 5 minit.
  3. Masukkan petai, bawang bombay dan terus kacau untuk 2-3minit.
  4. Masukkan ikan bilis goreng, Bahan-bahan A dan hiasan. Campur Rata.

Today's Recipe - Bingkisan Kasih Seri Aji

Bingkisan Kasih SERI-AJI


BAHAN-BAHANNYA:

150 g kacang buncis
150 g lobak merah (dihiris)
150 g kobis
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
180 g udang hidup
2 biji telur
2 bungkus Perencah Sayur Goreng SERI-AJI
2 sb marjerin/minyak untuk menumis
AJI-NO-MOTO, Cili Berperisa AJI-SHIO dan Garam Halus Beriodin AJI-SHIO secukupnya.
Kulit popia secukupnya


CARANYA:

  1. Panaskan marjerin/minyak, tumis bahan-bahan yang dihiris sehingga kuning.
  2. Masukkan udang dan kacau sebentar.
  3. Masukkan sayur yang telah dihiris serta garam, serbuk perasa dan Perencah Sayur Goreng SERI-AJI.
  4. Akhir sekali pecahkan telor dan kacau semua bahan-bahan hingga rata. Sejukkan sebelum digulung dengan kulit popia. Kemudian digoreng hingga kuning.
  5. Hias dan hidangkan.

Tuesday, April 15, 2008

Today's Recipe - Sayur Harmoni

SAYUR HARMONI

BAHAN-BAHANNYA:

150 g sayur manis
150 g lobak merah
150 g kobis bunga
150 g kacang buncis
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih dihiris
4 tangkai lada hidup
2 tangkai daun kari
1 sudu teh biji sawi
2 cawan kelapa parut
3 paket Perencah Sayur Goreng SERI-AJI
½ cawan minyak masak
AJI-NO-MOTO, Lada Berperisa AJI-SHIO dan Garam Halus Beriodin AJI-SHIO secukup rasa.


CARA-CARANYA:

  1. Semua sayuran dipotong dan dibersihkan.
  2. Panaskan minyak tumis bahan-bahan yang dihiris, masukkan Perencah Sayur SERI–AJI serta lobak merah dan kobis bunga.
  3. Kacau sebentar ,baru masukkan sayur manis, kacang buncis dan kelapa.
  4. Tambahkan AJI-NO-MOTO, Lada Berperisa AJI-SHIO dan Garam Halus Beriodin AJI-SHIO mengikut rasa masing-masing.

Jom Heboh, Shah Alam, 2007

3 demo sessions with Ajinomoto and Tumix at Jom Heboh, Shah Alam.



Which one taste better? With or without Ajinomoto??
The answer, 4/5 says with Ajinomoto!!



Concentrating on the ingredient..delicious asparagus with crab soup



She's hungry...nasi goreng Thai. Sedapnya!!


Tumix demo session. Promoting Pati Ayam Tumix